JAIS TAHAN DUA PEGAWAI SPRM

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) awal pagi tadi kerana disyaki berkhalwat.

Suspek lelaki terbabit merupakan pengarah di salah sebuah bahagian di ibu Pejabat SPRM Putrajaya, manakala pasangannya – seorang ibu tunggal – juga merupakan seorang pegawai SPRM.

Sumber memberitahu Malaysiakini kedua-dua mereka ditahan di sebuah kondomininium di Taman Equine, Seri Kembangan kira-kira jam 3 pagi.

Sementara itu sumber JAIS mengesahkan penahanan itu namun mengatakan kes itu masih dalam siasatan.

Difahamkan, pegawai daripada jabatan agama itu akan mengambil kenyataan daripada kedua-dua suspek pada petang ini.

– M’kini

.