JAHED LELAKI ISLAM PERTAMA KAHWIN SEJENIS DI BRITAIN

KUALA LUMPUR — Seorang warga Bangladesh mencipta sejarah apabila menjadi lelaki Islam pertama mengamalkan perkahwinan sejenis di Britain.

Jahed Choudhury, 24, mengahwini Sean Rogan, 19, pada 22 Jun lalu dalam satu majlis yang dihadiri keluarga dan rakan di Walsall, Milands Barat.

“Saya ingin katakan kepada semua orang yang melalui perkara yang sama seperti saya, tidak mengapa.

“Kita akan tunjukkan kepada dunia bahawa kita boleh menjadi gay dan Islam.

“Saya kini menantikan kehidupan bahagia bersama Sean,” kata Jahed seperti dilaporkan portal Daily Mail.

Jahed berkata dia bertemu Sean ketika sedang menangis di Darlaston mengenangkan penghinaan yang diterima masyarakat setempat.

“Sean kemudian mengambil berat mengenai saya dan akhirnya kami mengambil keputusan untuk berpasangan,” dia dilaporkan berkata.

– Malay Mail

.