‘IT’S TREASON IF YOU ARE FOUND GUILTY’: A ROYAL WARNING TO JOHOR EXCO & SON ON BUMI LAND CONVERSION SCAM

I commend the Johor Executive Councillor for taking leave pending the on-going investigations involving his son.

It shows that honour and integrity is without question upheld under the state leadership of the Chief Minister of Johor.

We believe in the rule of law and everyone is innocent until proven guilty. However, if they are charged for the offence stated and proven to be guilty of the said charge, then the full brunt of the law should be hammered down on them.

If indeed the national policy has been exploited and that the Malay agenda had been abused, depriving those who can afford homes of their rights for personal gain, that in my book constitutes TREASON.

The government is paid half of the 15 per cent discount in order for the unsold Bumi lots to be converted and sold to non Bumis. But it should not be transacted across the board even before the bumiputera public gets a chance to purchase them, prematurely assuming that there are no takers.

Moratorium on the bumi lots must be genuinely exhausted before the developers be made to pay the 7.5 per cent for conversion and not a day before.

KHIANAT BANGSA JIKA SALAHGUNAKAN DASAR KERAJAAN, AGENDA MELAYU.

Saya memuji keputusan Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerana bercuti sementara siasatan SPRM melibatkan anaknya diteruskan.

Ini menunjukkan maruah dan integriti diutamakan di bawah kepimpinan YAB Menteri Besar Johor.

Kami percaya kepada kedaulatan undang-undang di mana kesemua orang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah oleh mahkamah.

Namun jika mereka disabitkan dengan kesalahan dan terbukti bersalah, maka hukuman seberat mungkin mengikut undang-undang perlu dijatuhkan ke atas mereka.


Sekiranya mereka di dapati mengekploitasi dasar kerajaan dan menyalahgunakan Agenda Melayu, serta menidakkan hak mereka yang berkemampuan untuk membeli rumah, saya menganggap mereka adalah PENGKHIANAT BANGSA.

Umum mengetahui Kerajaan dibayar separuh dari 15% potongan supaya lot Bumiputera yang tidak terjual ditukarkan statusnya untuk dijual kepada bukan Bumiputera.

Namun ia tidak seharusnya disalahgunakan sehingga menidakkan hak pembeli bumiputera berpeluang untuk membelinya, atau menganggap mereka tidak berminat sebelum tempoh dan had yang telah ditetapkan terlebih dahulu oleh kerajaan negeri.

Moratorium untuk lot bumiputera mesti benar-benar luput sebelum pemaju dikehendaki membayar 7.5% kepada kerajaan untuk penukaran status, dan pemaju tidak seharusnya dibenarkan memohon untuk pertukaran tersebut wa’imah awal sehari pun dari yang telah tetapkan.

– http://tpj-one-thepatriot.blogspot.my

.