ISU TRUMP: DESAK NAJIB KELUAR KENYATAAN

KUALA LUMPUR – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad menyatakan kekesalannya dengan pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mendiamkan diri terhadap tindakan Presidem Amerika Syarikat, Donald Trump yang menghentikan pengeluaran visa pelancong ke atas tujuh buah negara iaitu Iraq, Syria, Iran, Sudan, Libya, Somalia dan Yaman.

Menurutnya, kita mendesak agar beliau (Najib) mengeluarkan kenyataan berhubung perkara ini.

“Hari ini banyak negara Eropah seperti Jerman dan Kanada mengkritik tindakan Trump.

“Tapi kita kesal dengan pendirian Najib yang kononnya juara dalam isu Islam,” katanya ketika berucap dalam himpunan penyerahan memorandum di Kedutaan AS, dekat sini,hari ini.

Beliau turut menyatakan kekesalannya dengan langkah presiden baharu itu yang mana perkara itu adalah bertentangan dengan nilai-nilai Amerika sebelum ini yang terbuka dengan pendatang.

Sementara itu, Ketua Penerangan Armada, Ulya Husamudin turut menyatakan pendirian dalam bersama-sama membantah bentuk diskriminasi yang sedemikian kerana ia cukup memberi impak kpada masyarakat.

Tambahnya, ini jelas satu perkara yang cukup bermasalah.

“Kami percaya Amerika selaku kuasa kuat tidak sepatutnya bawa agenda rasis ini untuk dibawa kepada dunia.

“Tindakan itu menunjukkan Amerika dan Trump adalah pimpinan yang cukup diskriminasi dan rasis,” katanya.

– Sinar Harian

.