ISU PENUKARAN AGAMA ANAK, ADAKAH PUTRAJAYA MENGALAH, TANYA PEGUAM INDIRA GANDHI

PUTRAJAYA tunduk kepada tekanan Islam berikutan keputusan untuk menggugurkan klausa yang melindungi kepercayaan kanak-kanak dalam pindaan Rang Undang-Undang Pembaharuan Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2016, kata peguam M. Kulasegaran.

Ahli Parlimen Ipoh Barat, yang mewakili M. Indira Gandhi dalam perebutan hak penjagaan antara agama, mengatakan dia tidak mahu membuat spekulasi mengenai implikasi penarikan Klausa 88A dari rang undang-undang dan bagaimana ia akan menjejaskan kes Indira.

“Kita perlu lihat apa pindaan baru itu…saya tidak boleh buat spekulasi. Sebab itu saya cakap mereka perlu berbincang dengan pihak berkepentingan dan perlu ada konsultasi sebelum usul itu dibawa, bukan bawa usul baru berbincang.

“Saya rasa mereka mendengar bantahan daripada kumpulan Islam. Kabinet beri komitmen pada 2007 jadi atas dasar apa mereka menggugurkan ini?” katanya kepada The Malaysian Insight.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalin Othman berkata, tarik usul itu sebelum sesi soal jawab.

Katanya, usul itu akan dibentangkan esok tanpa Klausa 88A.

Klausa 88A menyatakan agama anak terlibat kekal biarpun salah seorang atau kedua-dua ibu bapanya memeluk agama lain, adalah tambahan baru kepada pindaan itu.

Ia mencetuskan perdebatan bagi yang menyokongnya kerana ia menjadikan mustahil kepada pasangan yang menukar agama mendapatkan hak penjagaan anak dan menghalang anak beragama Islam.

Azalina berkata pindaan itu perlu supaya tidak berlaku percanggahan dalam mana-mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Indira melawan bekas suaminya Muhammad Riduan Abdullah berhubung penukaran agama tiga anaknya kepada Islam pada tahun 2009.

Riduan mengambil tiga anaknya yang kcil dan menukar agama mereka kepada Islam. Dua lagi anaknya yang lebih tua tinggal bersama Indira dan pada Oktber 2009, Riduan mendapat perintah daripada Mahkamah Syariah yang memberikan hak penjagaan anak kepadanya.

Indira memberitahu The Malaysian Insight, ia kembali sama dengan tindakan kerajaan menggugurkan klausa itu.

“Saya tidak tahu kenaa mereka gugurkan klausa itu kerana masalah ini bermula kerananya. Masalah bermula apabila salah satu pasangan menukar agama anak dan status anak itu tidak jelas. Itu yang ibu bapa perjuangkan,” katanya.

Menurutnya, kerajaan sepatutnya tidak menangguhkan hal ini lebih lama dan menggugurkan klausa itu hanya akan menambahkan derita keluarga yang berdepan dengan kes ini.

“Tiada makna untuk meminda usul dan menulis yang baharu tanpanya. Ia seperti memberikan harapan kemudian tarik balik. Ia tidak akan menyelesaikan masalah. Tidak akan ada penamat.”

Sementara itu, peguam Dr Kelvin Yii ditanya sama ada ahli Kabinet dan ahli Parlimen Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak mengadakan rundingan berhubung perkara itu.

“Sekiranya mereka tidak berunding atau bersetujus dengannya, ia jelas menunjukkan parti komponen lain dan ahli Parlimen tunduk kepada kemahuan Umno–BN mengorbankan kehendak negeri dan kawasan mereka sendiri,” kata Yii yang juga pembantu khas pengerusi DAP Sarawak.

Parti Islam PAS tahun lalu memberitahu bukan Islam agar tidak mencampuri usul persendirian presiden mereka Abdul Hadi Awang untuk memperkasakan mahkamah syariah.

Pada April Hadi juga meminta menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji semula usul itu kerana pindaannya ditarik balik hari ini – yang menjejaskan kebebasan orang Islam mengamalkan agama mereka.

– https://www.themalaysianinsight.com

.