ISU MUHYIDDIN: Stanley, Nika Gee sah bercerai

KUALA LUMPUR – Peguam, Stanley Clement Agustin dan isterinya, Nika Gee Siew Yee yang dikaitkan dengan seorang bekas pemimpin kanan negara kini sah bercerai.
Peguam, S. Periasamy yang mewakili bekas Timbalan Pendakwa Raya itu memaklumkan perkara tersebut kepada media selepas peguam-peguam pihak terlibat bertemu di kamar Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad di Mahkamah Tinggi di sini petang ini.

Perkara tersebut turut disahkan oleh peguam Choo Dee Wei yang mewakili wanita itu.

“Mereka kini membawa haluan masing-masing,” katanya. – UTUSAN ONLINE
.