ISU HARTANAH: SPRM TAHAN EXCO JOHOR

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang Exco Johor berhubung kes rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri itu.

Memetik laporan Mstar, Exco tersebut ditahan jam 11 pagi tadi ketika hadir di pejabat SPRM Johor Bahru.

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad ketika mengadakan lawatan ke pejabat The Star di Petaling Jaya, hari ini.

Semalam, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan penyusunan semula tiga portfolio Exco Kerajaan Johor berkuat kuasa Ahad ini di mana jawatan Exco tersebut akan dipangku oleh calon lain.

– SH

.