ISU EZAM, KHAIRUDDIN: BIAR MEREKA DAFTAR DAHULU, KATA GUAN ENG

KUALA LUMPUR – “Biar mereka daftarkan parti baharu dahulu”, demikian pandangan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berhubung hasrat parti baharu ditubuhkan Datuk Seri Mohamed Ezam Mohd Nor agar parti itu diterima dalam Pakatan Harapan.

Menurut Guan Eng, perkara (hasrat) itu tidak pernah dibincangkan lagi bersama rakan dalam Pakatan Harapan melainkan isu bersama Bersatu.

“Biar mereka daftarkan parti baru dahulu. Kita pun tidak tahu (pendaftaran) jadi atau tidak.

“Itu memang hak semua rakyat malaysia mendaftarkan parti mereka,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, hari ini.

Katanya lagi, soal memberi laluan untuk parti baharu itu bertanding di kerusi Pekan dan Titiwangsa juga tidak dibincangkan.

“Tiada perbincangan (perkara ini). Perbincangan  hanga mengenai Bersatu.

“Saya hanya dimaklumkan, sekali ini, jadi saya rasa  itu terpulang kepada Ezam atau Khairuddin. Saya tidak dimaklumkan apa-apa,” katanya.

Sinar Harian melaporkan bekas Naib Ketua Pemuda Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyatakan hasrat agar parti baharu itu diterima oleh Pakatan Harapan setelah parti itu didaftarkan.

Khairuddin juga berharap kerusi Parlimen Pekan dan Titiwangsa diberikan laluan kepada Ezam dan dirinya untuk bertanding.

Sementara itu, mengulas mengenai Bersatu yang diterima secara rasmi dalam Pakatan Harapan, Guan Eng berharap kerjasama ini dapat berjalan lancar.

– SH

.