ISTERI TAIKUN KASINO MENINGGAL DUNIA

Lee Kim Hua, isteri taikun kasino Tan Sri Lim Goh Tong meninggal dunia hari ini pada umur 88 tahun, menurut laporan akhbar-akhbar Cina.

Lee berkahwin dengan Lim pada umur 16 tahun dan mereka mempunyai enam orang anak.

Anak kedua mereka Tan Sri Lim Kok Thay kini menjadi pengerusi eksekutif Kumpulan Genting.

Lee mempunyai aset bernilai RM2.1 bilion dan pernah digelar wanita terkaya di Malaysia oleh beberapa media.

Lim terlebih dahulu meninggal dunia sepuluh tahun lalu, pada 23 Oktober 2007.

– M’kini

.