ISTERI SEBAT SUAMI ENGGAN SEKS HINGGA 10 KALI SEHARI

Seorang pekerja kilang mendakwa isterinya akan memukulnya dengan rotan pada bila-bila masa sekiranya tidak dapat memenuhi permintaan seks, lapor China Press.

Selama bertahun-tahun, lelaki berusia 32 tahun itu diarah untuk berlutut sebelum dirotan jika menolak ajakan isterinya untuk melakukan hubungan intim sehingga 10 kali sehari.
Tidak dapat menanggung seksaan itu, lelaki itu kemudian meminta bantuan daripada pengasas Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia, Kuan Chee Heng.

Kuan berkata terdapat kesan sebatan di seluruh anggota badan dan punggung lelaki itu, namun lelaki berkenaan enggan melaporkan penderaan itu kepada pihak berkuasa kerana malu.

Kuan mencadangkan agar lelaki berkenaan mendapatkan bantuan perubatan dan kaunseling untuk isterinya yang berusia 31 tahun.

– M’kini