ISTERI POTONG KEMALUAN SUAMI KAKI PEREMPUAN

ILOILO CITY – FILIPINA . Dek kerana tidak tahan dengan sikap suami kaki perempuan, seorang wanita bertindak memotong kemaluan suaminya dengan gunting.

Mark Betita,33, sedang tidur di kediamannya di bandar Carles di sini ketika isterinya Leizel memotong kemaluannya menggunakan gunting 22 April lalu

Leisel kini ditahan di balai polis di bandar Carles sementara menunggu penyelesaian kes yang difailkan terhadapnya kerana mencederakan suaminya.

“Saya tidak menyesal kerana memotong kemaluannya. Ini sebagai hukuman kepadanya kerana kaki perempuan. Saya bersedia berdepan apa-apa kemungkinan kerana tindakan saya ini,” kata Liezel dipetik inquirer.net
Pegawai polis Carles, Alexis Bataga berkata, siasatan menunjukkan Liezel bersama-sama dengan suaminya yang juga penyelia pembinaan minum pada malam kejadian.

“Apabila suaminya mabuk, mereka masuk ke bilik tidur. Tidak berapa lama kemudian, mangsa keluar dalam keadaan berlumuran darah.

“Isteri mangsa didakwa memotong kemaluan suaminya,” kata Bataga.

Mangsa dibawa ke hospital namun doktor gagal menyambungkan semula zakarnya.

Leizel menjelaskan dia hanya mahu memberi pengajaran kepadanya.

“Saya bosan dengan sikapnya yang kaki perempuan. Dia mempunyai teman wanita baharu baru -baru ini,” kata Liezel.

Liezel mendakwa kekasih baru suaminya itu adalah isteri kepada rakan sekerja lelaki itu namun Mark menafikan dakwaan isterinya dan bertekad memfailkan kes terhadap wanita itu.

– SH

.