Ismail nafi sertai, dilantik Pengerusi PPBM Johor

JOHOR BAHRU  – Pemangku Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed (gambar) menafikan akan menyertai dan dilantik sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Johor seperti yang diviralkan ketika ini.

Beliau menyifatkan mereka yang menye­barkan cerita itu menerusi laman sosial sebagai tindakan terdesak, selain meng­gunakan taktik kotor untuk meraih sokongan PPBM terutama di Pagoh.

“Tidak betul. Ini merupakan usaha pihak yang terdesak apabila PPBM gagal mendapat sokongan orang-orang Pagoh. Tidak perlu guna cara kotor untuk mencari pengaruh. Kami (UMNO Pagoh) akan terus berbakti kepada rakyat.

“Saya yakin kesetiaan ahli UMNO di Pagoh akan berterusan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

– UTUSAN

.