ISA RELA HATI LEPAS JAWATAN PENGERUSI FGV: PM

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Pengarah Bukan Eksekutif Bebas, Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob dilantik sebagai pemangku Pengerusi Felda Global Ventures (FGV) yang baharu berkuat kuasa serta-merta

Memetik Utusan Online, Najib dipetik berkata, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bersetuju melepaskan jawatan sebagai Pengerusi FGV, sekali gus memberi kedudukan itu kepada Sulaiman.

“Saya sahkan telah bertemu dengan Mohd Isa pagi tadi bersama Datuk Seri Idris Jala, kita telah bincang mendalam tentang masa depan FGV.
“Mohd Isa dengan rela hati setuju untuk lepaskan jawatan sebagai Pengerusi FGV dan tempatnya diganti dengan Sulaiman Mahbob,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu,  Perdana Menteri seterusnya memaklumkan, Mohd Isa dilantik sebagai pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangku­tan Awam Darat (SPAD) yang juga berkuat kuasa serta-merta.

Manakala status Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad yang kini digantung tugas akan ditentukan oleh lembaga siasatan FGV selepas semua siasatan selesai.

– http://www.sinarharian.com.my/

.