ISA KELUAR, ZAKARIA MUNGKIN KEMBALI KE FGV

Presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Datuk Zakaria Arshad mungkin akan kembali memimpin kumpulan perladangan itu selepas penggantungan tiga bulannnya.

Memetik sumber, The Star melaporkan keputusan itu susulan kemungkinan berlaku pertukaran anggota lembaga FGV selepas Datuk Wira Azhar Abdul Hamid dilantik sebagai pengerusi menggantikan Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob.

Zakaria sebelum ini ini terlibat dalam konflik dengan bekas pengerusi FGV Tan Sri Isa Samad yang kini sedang berdepan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Zakaria dan tiga pegawai kanan syarikat itu sebelum ini dicutikan selepas dakwaan salah laku dalam urus niaga anak syarikatnya Delima Oil Products Sdn Bhd dan syarikat Afhanistan Safitex Trading LLC.

Zakaria melepaskan jawatankuasa dalam FGV sebelum dilantik menerajui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad).

Sementara itu, harian berbahasa Inggeris itu juga melaporkan Azhar dijangka mendedahkan hasil siasatan dalaman terhadap Zakaria dan tiga lagi dalam minggu ini.

Aziz dilapor akan bermesyuarat dengan anggota lembaga kumpulan itu dan pengurusan kanannya hari ini – hari pertama beliau memasuki pejabat.

Beliau juga dilapor mahu menjadikan agenda utama mengembalikan keyakinan terhadap FGV.

– M’kini

.