INILAH AKIBATNYA BILA PEMIMPIN TIDAK LAGI DIHORMATI RAKYAT

Sepanjang hari ini semua orang bercakap mengenai Mohd Faiz Subri yang berjaya mencipta sejarah negara dengan memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich, Switzerland.
Rembatan menakjubkan pemain bolasepak Pulau Pinang itu telah diundi sebagai jaringan terbaik dunia sepanjang tahun lalu di arena bolasepak profesional.
Namun, sementara kejayaan Mohd Faiz itu begitu diraikan oleh seluruh rakyat, kaitannya dengan suasana politik semasa dan Najib Razak nyata tidak dapat dielakkan.
Di media sosial, menatap semua yang dipaparkan itu membuatkan kita senyum-senyum sendirian dan lantas menyedarkan bahawa dalam kehidupan ini adalah penting untuk sentiasa berbuat baik, jujur dan tidak melakukan onar yang keterlaluan.
Jika onar itu keterlaluan, ia sentiasa melekat dalam ingatan dan tidak mudah untuk rakyat melupakan, apalagi memaafkannya.
Berikut antara luahan yang menarik itu:
1 – Rakyat Malaysia yang telah mengharumkan nama Malaysia di Pentas Dunia:-
1. Mohd Faiz Subri – Bolasepak.
2. Harith Iskandar – Lawak/Komedi.
3. Mohd Redzuan Mohd Puzi – 100m Paralimpik.
4. Khairul Idham Pawi – Lumba Motorsikal.
5. MO1 – 1MDB!
2 – Latihan yang banyak diperlukan untuk MEREMBAT BOLA supaya ia MELENCONG.
Tetapi…
Tak perlu latihan yang banyak untuk MEREMBAT DUIT dan kemudian pergi MELANCONG!

3 –

Kenapa tiada Perdana Menteri sebelum ini yang diperlakukan sebegini rupa oleh rakyat Malaysia?

Fikir-fikirkanlah!!

– http://shahbudindotcom.blogspot.com/

.