IN TIT-FOR-TAT, NAJIB CAMP ‘EXPOSES’ SHAFIE: SI BEDAL KURANG SEMPORNA

Hari ini Shafie Apdal, Ahli Parlimen Semporna telah membuat pembohongan di Parlimen. Di antaranya ialah:

1) Shafie mendakwa 60% daripada Bandar Malaysia telah dijual kepada China.

Ini tidak benar. 60% daripada Bandar Malaysia telah dijual kepada 60% konsortium Iskandar Waterfront Holdings (IWH) dan 40% kumpulan China Railway.

Pegangan saham IWH ialah 40% Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ – Johor State Govt) dan 60% Sumber Kepercayaan (Tan Sri Dato β€˜Lim Kang Hoo).

A. 40% 1MDB atau MOF Inc (sekiranya saham dipindahkan), 36% IWH dan 24% CREC. Oleh itu, pemilikan projek utama adalah 76% Malaysia dan 24% China.

2. Shafie mendakwa 1MDB sahaja menggunakan Arul Kanda dan tidak mewujudkan peluang pekerjaan manakala bail-out untuk Proton dan MAS menyelamatkan pekerjaan.

Pertama, tidak seperti Proton dan MAS, 1MDB tidak pernah diselamatkan oleh kerajaan.

Mungkin Shafie Apdal tidak pernah pergi ke Sendayan untuk melihat pangkalan udara baru sedang dibina atau 7 kemudahan tentera di seluruh negara yang sedang dibina sekarang dibiayai oleh 1MDB sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran mereka dengan MINDEF?

Atau beribu-ribu pekerja di TRX sekarang ini yang sedang berusaha menyiapkannya atau puluhan ribu pekerjaan yang akan diwujudkan apabila TRX mula beroperasi, dalam suasana pelaburan asing telah diterima daripada Australia, Indonesia dan Hong Kong?

Ia sudah pasti bukan hanya Arul Kanda sahja bekerja di sanaπŸ˜ƒ

3. Shafie mendakwa bahawa Sabah dan Sarawak adalah negeri-negeri yang paling miskin dan mereka sedang disalah urusπŸ˜‚

Sabah mencatatkan pertumbuhan gaji kedua tertinggi 37.5% dan Sarawak mencatatkan 26% pertumbuhan gaji sejak 2010 – berbanding dengan hanya 17.2% bagi Pulau Pinang dan 20.8% bagi Selangor.

Berasaskan pendapatan isi rumah, Sabah sekali lagi mencatat pertumbuhan pendapatan isi rumah kedua tertinggi 81.3% manakala Sarawak mencapai 57.8% – kedua-dua outreached Selangor dan Pulau Pinang.

Pada KDNK asas per kapita, Sarawak dan Sabah bukanlah negeri-negeri yang paling miskin. Sarawak sebenarnya negeri ke-4 terkaya dan mempunyai KDNK per kapita sebanyak RM44k – bersamaan dengan Pulau Pinang. Walaupun Sabah mencatatkan RM19,700 – lebih tinggi daripada Kedah dan Kelantan.

Kadar kemiskinan tegar di Sabah juga menurun daripada 19.2% pada tahun 2009 kepada hanya 3.9% pada tahun 2014.

Manakala di Sarawak, kadar kemiskinan tegar juga berkurangan daripada 5.3% kepada 0.6%.

Malah, Sabah mempunyai rizab negeri RM2.33 bilion pada 2014 – hampir dua kali ganda daripada Pulau Pinang manakala Sarawak mempunyai rizab sebanyak RM27 bilion pada tahun 2014 – atau kira-kira 8 kali lebih tinggi daripada Selangor.

Malah Sabah dan Sarawak telah menerima bantuan dan pembangunan yang lebih besar daripada Kerajaan Persekutuan sejak 2009.

Jadi, bagaimana Shafie Apdal mewajarkan bahawa Sabah dan Sarawak adalah negeri termiskin dan sedang disalah urus?

Hanya kerana Shafie mempunyai imuniti parlimen maka dengan sewenang – wenangnya bercakap berdasarkan fakta media tanpa fakta sebenar.

Artikel asal telah ditulis oleh Saudara Hafizi Harris di laman Facebooknyasemalam (Selasa 25hb Oktober 2016

-https://seademon.me/