IMPAK ‘MAHAFIRAUN’ KEPADA PEMBANGKANG

APAKAH yang dirasakan bekas musuh Dr Mahathir Mohamad apabila bekerjasama dengannya?

Perdana menteri Malaysia paling lama berkhidmat yang kini mengetuai Pakatan Harapan (PH) sebagai pengerusi dan adalah satu-satunya yang mampu memberikan ia perpaduan, struktur dan proses membuat keputusan yang konkrit.

Namun, beliau tetap menjadi punca pecah belah di kalangan parti komponen PH, dengan semua kecuali PKR bersetuju yang beliau perlu menjadi calon perdana menteri bagi pakatan itu.

Digelar “Mahafiraun” kerana persona diktatornya semasa memimpin negara.

Walaupun jejak ketegasan yang sama dapat dilihat dalam kepemimpinannya bersama PH, bekas penentang yang pernah dipenjarakannya yang kini menjadi rakan dalam pembangkang mengatakan lelaki itu mempunyai sisi berbeza yang lain.

“Beliau sentiasa bersedia menghabiskan masa mendengar pandangan ekstrem dan tidak pernah mempersendakan sesiapa pun. Beliau membenarkan semua orang bersuara dan tidak akan menghalang anda,” kata Naib Pengerusi DAP M Kulasegaran kepada The Malaysian Insight.

Ahli Parlimen Ipoh Barat itu berkata beliau terkejut dengan kebaikan yang dimiliki Dr Mahathir, memandangkan kebanyakan orang dalam mesyuarat PH pernah menjadi pesaing politiknya.

Dr Mahathir, yang juga pengerusi Bersatu, mempunyai personaliti dominan dan tegas dengan masa dan disiplin, kata Kulasegaran.

Tanpa menamakan siapa pun, Kulasegaran mengimbas kejadian di mana seorang pembantu Dr Mahathir terlambat beberapa minit untuk mesyuarat PH.

“Beliau bertanya, di mana dan sebagainya.

“Seseorang menjawab yang orang itu sedang makan sebelum mesyuarat di luar dan Dr Mahathir berkata ‘panggil dia sekarang! Kita sudah lambat!” Kata Kulasegaran.

Dr Mahathir juga sentiasa berpakaian kemas untuk bermesyuarat dan boleh bertahan selama empat hingga lima jam tanpa rehat.

“Malah orang muda seperti saya tidak tahan. Tetapi beliau orang lama.”

Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang (gambar kiri), yang bertempur dengan Dr Mahathir sejak 1997, berkata ahli politik veteran berusia 92 tahun itu tidak seteruk atau kuasa gila sebagaimana dikatakan.

“Saya rasa Dr Mahathir dilahirkan daripada sebuah sistem ditindas,” kata aktivis hak asasi manusia yang menjadi ahli politik yang lebih dikenali sebagai Tian Chua.

Menurut Chua, yang pernah menghadiri lebih sepuluh mesyuarat yang dipengerusikan oleh Dr Mahathir, berkata bekas perdana menteri itu sangat objektif, cekal dan fokus.

“Beliau mempunyai keyakinan yang tinggi dan jika rasa betul, beliau akan meneruskannya. Beliau juga terdedah dengan risiko dan percaya boleh menang dengan mengambil risiko,” kata ahli Parlimen Batu dua penggal itu.

Tiga perkara yang diingati Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub mengenai Dr Mahathir adalah ketepatan masa, kesabaran dan disiplinnya yang mendorong pemimpin lain bagi membuat keputusan.

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub situasi bekerjasama dengan bekas musuh seperti Dr Mahathir Mohamad sama ketika PAS bekerjasama dengan pemimpin de facto PKR Anwar Ibrahim pada 1999. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussein, 2 Januari, 2018.
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub situasi bekerjasama dengan bekas musuh seperti Dr Mahathir Mohamad sama ketika PAS bekerjasama dengan pemimpin de facto PKR Anwar Ibrahim pada 1999. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussein, 2 Januari, 2018.

“Beliau menegaskan mesyuarat perlu menghasilkan keputusan dan sekali apabila ia dibuat, ia muktamad,” kata bekas ahli Parlimen Kubang Kerian, yang dulu bersama PAS.

Salahuddin berkata pendekatan ini sangat berbeza dengan PAS, yang menyebabkan “terlalu banyak mesyuarat pintu belakang dan berubah sepanjang masa”.

“Sebagai contoh, isu kerjasama PAS (dengan PH selepas pembentukannya). Apabila tarikh akhir untuk PAS bergabung tamat, beliau memutuskan tidak akan ada lagi perbincangan dengan mereka.

“Dan beliau berpegang kepadanya walaupun kita semua tahu bersama PAS akan memperbaiki peluang PH,” kata Salahuddin.

Dr Mahathir konsisten mengenai mengapa PH tidak boleh bekerjasama dengan PAS, memetik desakan parti Islam itu mengecualikan DAP dan Amanah.

Chua dan Kulasegaran mengenang situasi dialami Dr Mahathir terhadap mereka yang tidak menyukainya dan kali pertama bertemu dengan bekas perdana menteri itu.

“Pertemuan pertama saya dengan Dr Mahathir adalah semasa memorial untuk peguam dan aktivis era Merdeka, James Puthucheary pada 2000. Beliau kawan rapat James dan datang ke majlis itu dengan Razali Ismail.

“Beliau duduk di satu sudut di bilik yang penuh dengan orang yang tidak menyukainya dan saya pergi kepadanya dan berjabat tangan,” kata Chua.

“Beliau memandang saya dan berkata: ‘Bukankah anda yang ditangkap kerana hasutan?’ Saya menjawab ya dan beliau berkata: ‘Nah, anda patut makan lebih banyak jika anda akan keluar masuk penjara’,” kata Chua, yang merupakan antara pemimpin awal PKR apabila parti itu, yang dikenali sebagai KeAdilan, dibentuk selepas Dr Mahathir memecat timbalannya, Anwar Ibrahim, pada 1998 dan mendakwanya dengan rasuah dan liwat.

Dr Mahathir Mohamad dikenali dengan sikap yang tegas, objektif, cekal dan fokus yang membuatkannya dihormati. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 Januari, 2018.
Dr Mahathir Mohamad dikenali dengan sikap yang tegas, objektif, cekal dan fokus yang membuatkannya dihormati. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 Januari, 2018.

Bagi Kulasegaran, pertemuan pertama beliau dengan Dr Mahathir adalah ketika berusaha mendapatkan tandatangan bagi pengisytiharan rakyat pada Mac 2016 untuk menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Najib Razak.

“Walaupun, saya menjadi ahli Parlimen Teluk Intan pada 1997, kami tidak pernah bercakap. Beliau adalah perdana menteri semasa itu dan akan masuk dan keluar dari Dewan Rakyat dan tidak pernah berlengah-lengah di antara sesi.

“Saya pernah bersuara menentangnya di Dewan tetapi hanya itu sahaja,” kata Kulasegaran.

Perjumpaan ringkas mengenai perisytiharan tersebut memberi gambaran mengenai ketajaman dan kecerdasan Dr Mahathir – dan juga petunjuk yang pemimpian autoritarian itu sedar beliau menyakiti banyak orang pada masa lalu.

“Apabila melihat saya, beliau membongkok dan bertanya ‘Adakah anda salah seorang yang menerima surat jahat?’

“Saya tidak pasti apa yang dimaksudkannya dan kemudian bertanya kepada Lim Kit Siang, yang mengatakan Dr Mahathir mahu tahu sama ada saya juga seorang daripada yang dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

“Beliau sedar akan bekerjasama dengan ramai orang yang pernah ditahan di bawah ISA semasa pemerintahannya dan ia adalah cara beliau mengiktiraf masa lalu, tanpa melafazkan maaf,” kata peguam yang berpangkalan di Ipoh.

Permohonan maaf dan pembalasan bagi salah laku kerana tidak bersikap demokratik semasa tempoh pemerintahannya adalah apa yang masih dicari oleh pengkritik Dr Mahathir.

Permohonan minta maaf atas kesalahannya yang lepas pada 30 Disember semasa berucap pada mesyuarat agung tahunan pertama Bersatu tidak diterima dengan baik oleh mereka yang masih menyalahkannya dengan apa yang berlaku terhadap situasi institusi dan budaya politik Malaysia sekarang.

Salahuddin berkata situasi bekerjasama dengan bekas musuh seperti Dr Mahathir sama ketika PAS bekerjasama dengan pemimpin de facto PKR Anwar pada 1999.

“Banyak perkara jahat dikeluarkan. PAS parti kampung dan sebagainya tetapi bekas pemimpin PAS, seperti (presiden) Dr Fadzil Noor dan (Mursyidul Am) Tok Guru Nik Aziz (Nik Mat) sentiasa memberitahu kami agar memberi tumpuan kepada perkara lebih besar.

“Kenyataannya, tiada yang boleh menang di Malaysia. Termasuk Umno, kerana masih memerlukan MCA, MIC dan PBB di Sarawak.

“Dan PAS, DAP, Amanah atau PKR sama juga. Jika kita mahukan negara yang lebih baik, kita perlu bekerjasama.

“Hanya jauhari mengenal manikam,” tambah Salahuddin, yang dipenjara pada 2001 di bawah pemerintahan Dr Mahathir kerana memprotes lawatan pasukan kriket Israel ke Malaysia pada 1997.

Naib Pengerusi DAP M Kulasegaran menggambarkan Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang yang mempunyai personaliti dominan, tegas dengan masa dan berdisiplin. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussein, 2 Januari, 2018.
Naib Pengerusi DAP M Kulasegaran menggambarkan Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang yang mempunyai personaliti dominan, tegas dengan masa dan berdisiplin. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussein, 2 Januari, 2018.

Konsensus v kawalan

Kulasegaran, yang terlibat dalam pakatan pembangkang terdahulu seperti Pakatan Rakyat dan Barisan Alternatif, berkata tidak pernah ada bekas negarawan yang memimpin.

Sebelum kemasukan Dr Mahathir dalam PH, pembangkang tidak pernah dapat mengatur dengan cukup baik untuk membentuk gabungan perundangan sebagaimana BN.

Justeru, sama ada Gagasan Rakyat atau Barisan Alternatif atau Pakatan Rakyat, parti-parti bergabung dan berpecah sebaik sahaja mereka berkumpul selepas pilihan raya.

Dengan Dr Mahathir, PH mengemukakan permohonannya kepada Pendaftar Pertubuhan pada Julai tahun lepas dan kini sedang berusaha membersihkan halangan undang-undang untuk memastikan ia didaftarkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Anwar adalah pembina konsensus manakala Dr Mahathir lebih klinikal,” kata Chua.

“Dr Mahathir adalah ikon penting untuk PH kerana beliau tarikan untuk publisiti.”

Bagaimanapun, pemimpin PKR tidak sampai ke tahap menyokong Dr Mahathir untuk perdana menteri lagi.

“Saya masih tidak yakin sama ada beliau boleh meyakinkan orang ramai yang beliau boleh menjadi PM lagi tetapi beliau pasti dapat membantu memulakan sesuatu untuk ditamatkan kami.

“Beliau tidak akan mengaku salah terhadap perbuatannya yang lalu. Tetapi tindakannya menunjukkan beliau mahu membetulkan kesalahan itu.”

– https://www.themalaysianinsight.com

.