IGP MESTI RAMPAS RANTAI ISTERI MO1

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar digesa “campur tangan” dalam isu saman Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat (AS).

Anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata Khalid juga perlu membuktikan bahawa pihak berkuasa negara ini lebih cekap berbanding Biro Siasatan Persekutuan (FBI) AS.

“Ketua polis negara perlu buktikan yang beliau lebih cekap daripada FBI dengan mengambil sendiri barang kemas tersebut daripada Rosmah Mansor.

“Rakyat dahagakan tindakan kritikal seperti ini,” katanya yang juga pemimpin kanan Parti Amanah Negara (AMANAH).

Dalam kenyataan hari ini, Khalid juga mencadangkan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali menasihatkan isteri MO1 untuk mengikuti langkah bintang Hollywood Leonardo DiCaprio yang memulangkan asetnya yang disiasat DOJ.

Khalid berkata, amalan itu adalah prosedur biasa penyiasatan, seperti yang pernah ditunjukkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dalam rampasan barang mewah milik exco Johor dan pegawai Jabatan Air Sabah sebelum ini.

– M’kini

.