IBRAHIM ALI: ‘SAYA INI IBARAT CRISTIANO RONALDO’

PUTRAJAYA – Bukan mudah menepis lamaran datang daripada pelbagai parti politik, bagaimanapun itu sedang dihadapi Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.

Mengakui diri bagai pemain bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo yang sering diintai pasukan bola sepak dunia, Ibrahim juga sering dilamar oleh parti politik yang dahagakan semangat juangnya.

“Macam-macam parti lamar saya. Berderet-deret parti yang lamar. Sebab harga saya ‘mahal’.

 “Saya ni ibarat Ronaldo, Manchester nak, Chelsea nak. Macam-macam yang datang tawarkan (masuk parti) kepada saya,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Tahunan Perkasa Putrajaya.
 Biarpun usia menginjak 66 tahun, beliau mengakui semangat juangnya terhadap bangsa dan agama masih tinggi.

“Kalau saya tidak dibuang daripada Umno dahulu, mungkin tidak wujud saya di Perkasa. Kalau tidak, bagaimana mahu bela nasib bangsa kita?

“Saya bagaimanapun tidak bermusuh dengan mana-mana parti politik. Sama ada Umno mahu pun Pas. Saya hanya bermusuh dengan pihak yang mahu meranapkan agenda Islam,” katanya.

– http://www.sinarharian.com.my

.