IAPA PERCAYA KATA2 KU NAN?

Setiausaha Agung BN, Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan memberitahu, tiada campurtangan parti itu di sebalik keputusan Speaker Parlimen, Pandikar Amin Haji Mulia menangguhkan perbahasan usul pindaan rang undang-undang Akta 355 yang dibentangkan Hadi Awang pada minggu lalu.
Katanya, keputusan itu dibuat sendiri oleh Speaker, malah di luar bidang kuasa Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri untuk campurtangan mengenainya.
“Itu tugas Speaker, tidak ada kena-mengena dengan BN. Speaker sudah putuskan begitu, kita akur saja.
“Penangguhan itu bukan kuasa Najib Razak, bukan kuasa Ahmad Zahid Hamidi dan bukan juga kuasa saya. Kita tidak aada kuasa,” kata Menteri Wilayah Persekutuan itu lagi.
Kehkehkeh….Siapa percaya kata-kata Tengku Adnan itu?
Secara umumnya Speaker Parlimen adalah kerusi lantikan yang dibuat oleh BN selaku parti yang memerintah negara ini.
Siapa pun yang memerintah, merekalah yang berkuasa melantik Speaker. Jika Pakatan Harapan berkuasa nanti, pastilah bukan Pandikar lagi menjadi Speaker Parlimen.
Untuk itu,  sama ada kenyataan Ku Nan itu boleh dipercayai atau  tidak,  kata-kata Pandikar ketika menangguhkan perbahasan usul Akta 355 minggu lalu yang berbunyi “If you are in power, you are powerful. If you dont use your power, you are bloody fool” secara tidak langsung barangkali boleh memberikan jawapannya.
Ku Nan tentu saja bebas untuk menafi atau menidakkannya, tetapi beliau juga harus sedar bahawa rakyat sekarang tidaklah begitu “bloody fool” untuk menerima begitu saja cakapnya itu.
– http://shahbudindotcom.blogspot.my