HUSAM ADA BUKTI RUPANYA

Adun Salor yang juga Naib Presiden Amanah, Husam Musa berkata, beliau melihat sendiri bukti yang menunjukkan Pas menerima wang dan jumlahnya adalah melebihi RM90 juta sebagaimana angka yang didakwa oleh portal Sarawak Report.

Beliau juga sekali lagi menamakan sebuah bank komersial, Affin Bank yang didakwanya menerima wang tersebut untuk disalurkan kepada pemimpin-pemimpin Pas.

Saya tidak bermain dengan kata-kata. Saya bercakap selepas melihat sendiri sumber maklumat tersebut dan memastikan ia benar dan tepat, kata Husam yang bekas Exco Negeri Kelantan.

Alamakkk….kenapa perut tiba-tiba jadi senak?

Berbanding dakwaan yang dibuat oleh Sarawak Report, apa yang disebut oleh Husam ternyata lebih detail dan terpeinci, siap berani mengatakan beliau melihat sendiri maklumat tersebut serta mengesahkannya sebagai benar dan tepat.

Jika Husam memfitnah dan membuat dakwaan tidak benar, apa lagi alasan Pas untuk tidak menyaman beliau?

Apakah Pas tidak mahu melihat sama bukti yang pernah dilihat Husam itu dan mencabar kesahihannya?

Takkan Pas nak diam saja? Ini bukan dakwaan main-main?

Kalau saman terhadap Sarawak Report boleh difailkan di London, apakah susah sangat bagi Pas mahu memfailkan saman sama ada di Kuala Lumpur atau Kota Bharu kepada Husam?

–¬†http://shahbudindotcom.blogspot.my

.