HISHAM: AHLI UMNO KENA BANGKIT PERTAHAN PARTI!

The North Korea flag flutters next to concertina wire at the North Korean embassy in Kuala Lumpur, Malaysia March 9, 2017. REUTERS/Edgar Su

ALOR GAJAH – Semua ahli Umno diminta bangkit mempertahankan parti dalam menangkis pelbagai cabaran semasa bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, dalam berbuat demikian, mereka perlulah menggunakan pendekatan berbeza dan berfikiran di luar kelaziman termasuk menarik pengundi muda khususnya yang pertama kali mengundi.

“Suka atau tidak suka kita semua kena bangkit… kita mesti mendahulukan kepentingan parti dan bangsa, meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan, mendahulukan perjuangan tanpa dolak-dalik.

“Terserahlah kepada kita semua. Kita boleh melangkah ke ambang baharu ini dengan penuh yakin dan berani atau kita boleh tunduk takut, kita menyerah kalah, kita serah pada takdir atau kita boleh membiarkan masa menentukan masa depan anak bangsa kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat berkelompok Umno cawangan dan bahagian Masjid Tanah 2017 di sini, hari ini. Turut hadir Ketua Bahagian Masjid Tanah yang juga Setiausaha Kerja Umno, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Ahli Parlimen Masjid Tanah yang juga Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, jentera Umno dan Barisan Nasional (BN) juga perlu memastikan anak muda pulang ke tanah air dan berdaftar sebagai pemilih.

Pada masa sama, beliau meminta Umno bersiap sedia dalam pelbagai aspek terutamanya bagi berdepan golongan muda yang mudah terpengaruh dengan media sosial.

“Seribu satu dugaan yang dihadapi Umno pada hari ini boleh bertukar menjadi seribu satu nikmat dan pembaharuan sekiranya anggota parti bersiap sedia untuk terus menjaga kepentingan rakyat,” katanya.

– Bernama

.