Haron Din kritikal akibat masalah jantung di California

SHAH ALAM – Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din dilaporkan berada dalam keadaan kritikal berikutan masalah jantung.

Difahamkan, Haron kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Stanford San Francisco, California.

Menurut status Facebook pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani, pada jam 5 pagi (waktu tempatan) pihak hospital menghubungi keluarga dan meminta mereka datang ke hospital.

“Sekarang on heart support. Dua anak Tuan Guru bersama doktor sekarang dan  keluarga yang lain menunggu di luar.

“Masih belum dapat berita penuh dari dalam. Mohon doa kalian…jazakallah,” katanya menerusi entri itu.

Menurut Ahmad Dasuki, makluman berkenaan diperolehi beliau menerusi sumber terdekat dengan keluarga Haron.

Sebelum ini, Haron pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di Hospital Stanford, San Francisco, Amerika Syarikat pada 2 April 2012.

Pada Mac lalu, Haron juga menjalani rawatan jantung di Institut Jantung Negara (IJN). – Sinar Harian

.