HARGA RON95, RON97 NAIK EMPAT SEN

KUALA LUMPUR – Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 dan RON97 naik empat sen, masing-masing kepada RM1.93 seliter dan RM2.19 seliter berkuat kuasa esok hingga 12 Julai.

Harga diesel pula naik tujuh sen kepada RM1.91 seliter.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui infografik di laman sesawangnya menyatakan harga baharu mingguan itu berkuat kuasa pada 12.01 tengah malam ini.

Sebelum ini, bagi tempoh 29 Jun hingga 5 Julai, harga runcit mingguan bagi RON95 ialah RM1.89 seliter, RON97 (RM2.15) dan diesel (RM1.84) seliter.

– Bernama

.