HARAM ORANG ISLAM MEMULAU PILIHAN RAYA

Perak 3-2-2018 PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang says the party is getting better and stronger day after day. Pix Marcus Pheong Slug: JB 20180203 PAS Hadi

SHAH ALAM – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan haram bagi orang Islam memulaukan pilihan raya atau merosakkan undi kerana menarik diri daripada menjadi teras kepimpinan umat yang wajib, demi menegakkan agama dalam pemerintahan negara.

Beliau berkata, orang Islam yang memulaukan atau merosakkan undi diibaratkan menyerah kalah sehingga penentuan kuasa politik diserahkan kepada bukan Islam dan ia jadi salah satu dosa besar.

“Perkara inilah yang sangat dikehendaki musuh Islam di dalam atau luar negara. Maka, kalangan yang melaksanakan kempen pilihan raya, sama ada kerana bodoh atau jahilnya atau kesediaannya menjadi alat bagi beri laluan mudah kepada musuh Islam dan musuh negara,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, pilihan raya adalah alat bagi memilih pemimpin yang wajib dalam kehidupan bermasyarakat dan menjadi sebahagian syariat Islam.

“Sama ada mewakilinya menjadi pemerintah secara langsung atau mewakili dalam kewajipan amar maaruf dan nahi mungkar yang menjadi teras kepada jati diri umat Islam dan manusia seluruhnya yang wajib dipimpin oleh umat Islam,” katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, meskipun wujud kelemahan dan salah laku, ia perlu diperbetulkan dan bukan dengan tindakan membatalkan atau dipulaukan.

“Di mana tindakan pemulauan atau merosakkan kertas undi adalah menempah kepada keburukan yang lebih besar mudaratnya apabila melakukan pilihan lebih besar mudaratnya kepada negara dan umat,” katanya.

Menurutnya, tindakan memulaukan atau merosakkan undi dalam pilihan raya suatu perkara jumud dan tidak bersedia membuat perubahan politik kepada lebih baik.

“Memulau pilihan raya juga mendedahkan kepada pilihan yang merosakkan negara dan rakyat, sama ada secara bersendiri atau mengundang campur tangan asing yang menjajah semula,” katanya.

– Sinar Harian

.