HANYA TUNKU ABDUL RAHMAN YANG TIDAK MAHU ANAKNYA JADI PERDANA MENTERI

Saya telah meliputi UMNO dalam segala pergolakannya dan kebangkitannya sejak Presiden Pertama Datuk Onn Jaafar meninggalkan UMNO dan menjadi Presiden Parti Negara.
Saya ingat meliputi Datuk Onn berucap  hampir satu jam kepada hanya lima orang di bawah rumah Dato Panglima Garang seorang fanatiknya di Bukit Pinang Alor Setar Kedah dalam akhir tahun 50an. Ketika itu beliau sebagai Presiden Parti Negara.
Seterusnya saya berpengalaman meliputi Perdana-Perdana Menteri Tunku  Abdul Rahman, Abdul Razak, Hussein Onn dan Dr.Mahathir dan memasuki bidang politik sebagai Senator di era Mahathir hingga menjadi menteri penuh di zaman  Abdullah Badawi.
Tujuan utama saya menyebutkan kembali sejarah ini secara ringkas untuk menyatakan bahawa sepanjang ingatan saya dalam berkhidmat di bawah Perdana Menteri yang bertukar ganti secara teratur, saya dapati hanya seorang sahaja yang tidak pernah menampakkan hasrat mahu menjadikan  anaknya Perdana Menteri. Beliau ialah Almarhom Tunku  Abdul Rahman Putra Al Haj  malah anak lelakinya Tunku Ahmad Nerang tidak menyertai  politik dan tidak pernah menonjolkan dirinya bersama bapanya.
Ketika Abdul Razak menjadi Perdana Menteri,saya mendapat tahu bahawa Ketua Pengarang Utusan Melayu  Melan Abdulah dan kemudiannya Mazlan Nordin dari masa ke masa   menerima arahan dari Jabatan Perdana Menteri untuk mempromosikan anaknya Najib sebagai pemimipin masa depan. Beliau menjadi Menteri Besar Pahang yang termuda dalam sejarah.
Peranan ini dimainkan dengan aktifnya  oleh setiausaha politik Perdana Menteri, Abdullah Ahmad dan pegawai akhbar Abdullah Majid dan juga UMNO Pahang.
Apabila Hussein Onn menjadi Perdana Menteri, anaknya Hishamuddin telah pun  aktif dalam UMNO dan matlamatnya  jelas bila sepupunya Najib  menjadi Perdana Menteri.
Dr.Mahathir tidak nenampakkan hasrat untuk anaknya menjadi Perdana Menteri dan menyekat anaknya Mukhzani  dari menandingi Ketua Bahagian UMNO Merbok malah katanya kepada Mukhzani  “tengok muka dahulu” yang tercatit di suatu rencana Joselin Tan dalam The Star.
Umum mengetahui Mahathir  mahukan Anwar Ibrahim menggantikannya. Beliau mengkagumi bakat kepimpinan Anwar dan membawa masuk ke dalam UMNO untuk membunuh Pas tetapi sayang Anwar Ibrahim tidak sabar dan masalah peribadinya telah meruntuhkan jambatannya. Sehingga saat akhir beliau  tidak mahu percaya masalah peribadi Anwar walaupun diyakinkan kepadanya oleh dua Ketua Polis Negara Hanif Omar dan  Rahim Noor.
Bagaimanapun  setelah anaknya Mukhriz disekat oleh UMNO Pahang, Najib dan “hamba sahaya nya”  dalam UMNO  telah  membolehkan Mukhriz tersingkir dengan rakus dalam perlumbaan untuk merebut jawatan Naib Presiden UMNO. Beliau rebah di kaki sepupu Najib, Hishamuddin Hussein Onn. Penghinaaan ini tidak dapat diterima oleh Mahathir dan mendorongkannya untuk  melakukan personal vendeta. Itulah bacaan saya.
Lebih dari itu hasrat Mukhriz sebagai MB Kedah untuk membina lapangan terbang antarabangsa  di Kulim bagi menggantikan lapangan terbang Pulau Pinang telah dicantas. Jika ini terjadi akan  membawa perubahan dinamik dalam  pembangunan ekonomi Kedah. Ini akan mendedahkan  Menteri Besar sebelumnya Madzir Khalid sebagai tidak bervisi.
Bagaimanapun apa yang berlaku kepada  Perdana Menteri Pertama Singapura  Lee Kuan Yew boleh  ambil sebagai iktibar peringatan  dari Allah iaitu apapun yang mahu ditentukan oleh ibubapa tetapi kehendak Allah mengatasi segala-galanya.
Integriti Lee Kuan Yew membina Singapura yang kuat dan bermaruah tinggi  dalam masa lebih 30 tahun lalu sehingga sebati menjadi nilai dan inspirasi rakyat Singapura telah dicemarkan bukan oleh rakyat Singapura tetapi oleh anak-anaknya sendiri.
Dengan tangan besinya dan visi yang jelas dan  berpegang teguh kepada prinsip bersih dan jujur kepimpinannya telah mendapat pengikhtirafan dari pemimpin-pemimpin dunia.
Tidak lama selepas kematiannya, anaknya meruntuhkan keagungannya yang menampakkan kepada umum  dia tidak berjaya membentuk anaknya sendiri walaupun berjaya menanam nilai yang baik kepada rakyat. Dalam sekelip mata,namanya tercemar.
Hanya anaknya yang menggantikannya sebagai Perdana Menteri Lee Hsien Leong yang lebih sentimental terhadap rumah asal bapanya  di 38 Oxley Road di mana bermulanya tapak perjuangan PAP sejak dari perancangan penubuhannya. Hsien  Leong mahu mengekal rumah itu  sebagai warisan sejarah tetapi dua  orang lagi anaknya lebih mementingkan  berbillion dollars dari  penjualan  tapak ini. Hsien Leong menjiwai hasrat rakyat dan nilai sejarah. Sengketa ini terdedah kepada dunia.
Demikiamlah juga apa yang terjadi kapada Tun Abdul Razak dan kita tidak tahu apa yang akan terjadi kepada Tun Mahahtir. Tetapi yang jelas Tun Razak tidak pernah mahu wang peneroka Felda membina kekayaaan Isa Samad dan lain-lainnya. Cukuplah jika hasil penerokaan peneroka  dapat  membawa perubahan sosial yang besar kepada anak-anak peneroka   dan inilah kejayaan yang telah tebukti.
Saya benar-benar dapat melihat dan merasakan kejayaan Felda kerana saya  melihat sendiri pembukaan awal Felda Sungai Tiang Kedah oleh orang-orang kampung yang miskin di awal tahun 60 an. Mereka telah mencapai kejayaan yang jauh dari yang mereka harapkan, anak-anak mereka mendapat pelajaran yang sempurna malah menjadi orang profesional  dan mereka tidak pernah bercita-cita untuk menjadi kaya raya menerusi saham.
Sekarang mereka kembali menanggung hutang kerana saham. Hutang ini  cuba ditutup dengan pemberian demi pemberian tetapi tidak akan membebaskan mereka dari hutang.
Sungai Tiang Air Jernih
Tempat Pak Mat gesek Biola

Duduk termenung menahan tangis

Bapa anak jauh berbeza.

– zamkata.blogspot.m

.