HANYA CAKAP KOSONG, PUTRAJAYA TIADA DUIT BANTU KAUM INDIA, KATA DR MAHATHIR

DR Mahathir Mohamad hari ini berkata, bantuan Putrajaya kepada kaum India hanya cakap kosong dan sebenarnya ia tidak pernah berlaku kerana tiada peruntukan untuk itu.

“Dia cakap sahaja, tapi tidak buat. Duit sudah tiada,” kata Dr Mahathir merujuk kepada Perdana Menteri Najib Razak.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini untuk menjadi saksi perbicaraan fitnah anaknya Mukhriz terhadap setiausaha akhbar perdana menteri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad.

Di Sepang baru-baru ini, Najib menempelak Dr Mahathir ketika bercakap mengenai usahanya ke arah pembangunan masyarakat India.
Walaupun Najib tidak menyebut secara langsung nama Dr Mahathir, Ucapannya merujuk kepada keturunan yang terakhir termasuk nenek moyang dari Kerala, India pada sebelah bapa.

“Sebagaimana yang disebut oleh Datuk Seri Dr S. Subramaniam, pada zaman saya menjadi PM, hampir RM900 juta diperuntukkan untuk sekolah Tamil,” kata Najib merujuk kepada presiden MIC dan Menteri Kesihatan itu.

“Dan beliau (Subramaniam) juga menyebut saya melakukan lebih kepada kaum India berbanding PM terdahulu yang mempunyai keturunan India,” katanya.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, Putrajaya melancarkan Malaysian Indian Blueprint (MIB) tahun ini untuk menyatukan komuniti dan menyertakan ke dalam kemajuan negara.

– https://www.themalaysianinsight.com

.