Penganalisis po­li­tik, Raja Petra Ka­marudin berkata, hal ini bermaksud Mukhriz perlu dibenarkan kembali ke dalam UMNO serta BN dan diberikan kerusi Parlimen untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Katanya yang juga pengendali portal Malaysia Today, bagi memastikan Mukhriz tidak kelihat­an seperti satu ancaman kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atau kepada Timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Mukhriz boleh dijadikan Menteri Kewangan seperti yang dirancang bekas Perdana Menteri itu.

“Perlu diingatkan, Dr. Mahathir pernah berkata, Perdana Menteri tidak sewajarnya menjadi Menteri Kewangan juga, jadi Mukhriz boleh menjadi Menteri Kewangan sebagai hadiah ‘sagu hati’ atau ‘pingat gangsa’,” kata­nya menerusi laman portal itu, www.malaysia-today.net hari ini.

Raja Petra menam­bah, apabila sudah menjadi Menteri Ke­wa­ngan, seseorang itu akan merangkak sehingga ke peringkat menjadi Timbalan Perdana Menteri seperti yang pernah dilakukan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; bekas Perdana Menteri ke­dua Singapura, Goh Chok Tong dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

Beliau memberitahu, Dr. Mahathir tidak mempunyai masa banyak seperti yang pernah dilakukan bekas Perdana Menteri pertama Singapura, Lee Kuan Yew untuk anaknya, Hsien Loong.