HADI: ‘SIAPA MAKAN DEDAK, UMNO TAHU’

ALOR SETAR – Pas masih kekal dengan konsep perjuangan asal untuk terus istiqamah dan mengamalkan politik perdamaian.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kesan daripada perjuangan Pas itu berjaya meranapkan budaya menghina Islam sehingga menawan hati orang Islam dan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP).

“Kita istiqamah, kita tak makan dedak. Siapa yang makan dedak, orang Umno tahulah,” katanya, pada ucapan penangguhan.

Menurutnya, politik perdamaian membolehkan Pas berdebat secara bersahabat dan mendepani politik secara matang.
“Lawan politik cara bodoh, bukan politik Islam, itu ditinggalkan. Kita tekankan dakwah gerakan Islam dalam Pas, status itu tidak akan ubah,” katanya.

– M’kini

.