GUNA LOGO PAKATAN HARAPAN BERTANDING PRU14

PETALING JAYA – Pakatan Harapan hari ini mengumumkan akan bertanding hanya menggunakan satu logo dan nama Pakatan Harapan pada PRU14 akan datang.

Timbalan Presiden Pakatan Harapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tidak ada calon yang akan bertanding menggunakan logo parti sendiri.

“Majlis Presiden Pakatan Harapan minggu lalu sebulat suara melantik Datuk Seri Moahamed Azmin Ali sebagai pengarah pilihanraya.
“Ini bersandarkan kekuatan serta kejayaan beliau sebelum ini,” katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, Pakatan Harapan akan memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan tertentu bagi memastikan kemenangan milik mereka.

“Kita juga sudah siap dengan bilik operasi serta penubuhan jawatankuasa bagi peringkat Parlimen dan juga negeri.

“Dengan sokongan rakyat hari ini, kita yakin akan menang di kawasan yang telah ditetapkan,” ujarnya.

Muhyiddin berkata, dengan kerjasama yang erat semua parti dalam Pakatan Harapan, ia akan mengetepikan perbezaan dalam parti.

– Sinar Harian

.