GULA NAIK: 11 SEN BERI PERBEZAAN BESAR PADA RAKYAT

SHAH ALAM – Kenaikan harga gula sebanyak 11 sen yang diumum pada awal bulan ini pasti akan membebankan rakyat.

Mana tidaknya, pasti ada pihak yang akan mengambil kesempatan menaikkan harga makanan dan minuman di atas kenaikan harga ini.

ADVERTISING

inRead invented by Teads
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, kenaikan harga makanan dan minuman bakal berlaku disebabkan berlakunya susut nilai Ringgit ditambah lagi dengan kenaikan pelbagai kos sara hidup dan pelaksanaan GST.

“11 sen bukanlah suatu nilai yang kecil untuk ditanggung oleh pengguna dan peniaga-peniaga atau pengeluar produk makanan.

“Walaupun kenaikan harga gula pasir putih bertapis kasar pada Mac 2017 hanya 11 sen, lebih rendah berbanding kenaikan pada Januari, Julai dan Disember 2010 serta pada 2011, 2012 dan 2013 yang mencatatkan kenaikan antara 20 sen sehingga mencecah 34 sen sekilogram, namun mengambilkira nilai semasa pertukaran Ringgit berbanding US Dollar sekarang ini, ia adalah merupakan kenaikan tertinggi berbanding tahun-tahun sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, keadaan itu pasti menjadikan peniaga-peniaga atau pengeluar produk makanan ini terpaksa memilih untuk menaikkan harga makanan dan minuman yang dijual mereka.

“Sekali lagi, tambahan harga ini perlu ditanggung oleh pengguna.

“Berbeza dengan sebelum ini kerajaan menjadikan alasan mengelak komplikasi seperti penyakit jantung, mengurangkan risiko menghidap diabetes dan rasionalisasi subsidi bagi mewajarkan kenaikan harga gula, kali ini kerajaan memberikan alasan kenaikan harga gula mentah dunia bagi memunasabahkan kenaikan ini,” katanya lagi.

– SH

.