GUAN ENG: SERBUAN SKMM KE ATAS NGA ‘TINDAKAN INTIMIDASI’

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan serbuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ke atas Pengerusi DAP Perak sebagai “arbitrari” dan “penyalahgunaan kuasa” di peringkat tertinngi.

Sambil membidas serbuah terhadap Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming itu, Lim menegaskan bahawa kebebasan daripada penapisan itu adalah dijamin oleh Rang Undang-Undang Hak Antarabangsa Multimedia Super Corrridor kepada semua pengguna Internet di Malaysia.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga menyifatkan tindakan terbaru oleh SKMM sebagai “cubaan untuk menakutkan-nakutkan pemimpin DAP”.

“Mereka bukan sekadar menyerbu pusat khidmatnya tetapi juga rumahnya, malah rumah ibubapanya jugab tidak terkecuali, apa itu perlu? Ini sangat serius,” kata Lim selepas menyerahkan bantuan berjumlah RM30,000 kepada sebuah tokong di Georgetown hari ini.

Difahamkan bahawa serbuan itu berhubung hantaran Nga di media sosial yang didakwa memperlekehkan kerajaan BN.

Menurut Lim, SKMM masih belum bertindak terhadap mereka yang membuat “hantaran palsu” berhubung anaknya yang didakwa mencabul rakan wanita sekelasnya tujuh tahun lalu.

Pada Februari 2012, laporan polis telah difailkan terhadap tiga laman web Umno kerana memfitnah anak Lim dengan tuduhan itu. Laman web itu juga mendakwa Lim telah membayar pihak tertentu sebanyak RM200,000 supaya kes berkenaan ditutup.

– M’kini

.