GUAN ENG BERI KETERANGAN DAKWAAN ANAK CABUL GADIS

PULAU PINANG – Polis hari ini mengambil ketera­ngan Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung dakwaan anaknya mencabul seorang pelajar perem­puan, enam tahun lepas.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Assisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan pihaknya mengambil ketera­n­gan daripada Guan Eng di pejabat ketua menteri itu di Komtar, di sini.

“Kami mendapat arahan daripada pejabat pendakwa raya untuk merekodkan beberapa keterangan daripada Guan Eng berhubung kes itu,” katanya yang enggan mengulas lanjut.
Sementara itu, Guan Eng dalam sidang akhbar di pejabatnya selepas memberi keterangan kepada dua pegawai polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut berkata, ini me­rupakan kali ketiga polis mengambil keterangannya berhubung kes itu.

“Saya harap akan ada tindakan pada akhirnya dan sudah tentu saya bersedia untuk ke mahkamah untuk memberi ke­terangan,” ujarnya.

Media sebelum ini melapor­kan seorang penulis blog mendakwa anak lelaki Guan Eng yang ketika itu berusia 16 tahun mencabul rakan sekolahnya dan bagi menutup mulut semua pihak keluarga mangsa dikatakan disogok dengan wang berjumlah RM200,000.

– BERNAMA

.