GERAKAN SASAR MENANG 5 KERUSI PARLIMEN, 12 DUN

KUALA LUMPUR – Gerakan yakin mempunyai peluang untuk menang di lima  kerusi parlimen dan 12 kerusi Dun, pada PRU14.

Presidennya, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, itu adalah sasaran realistik selepas mengambil kira sokongan dan tinjauan yang dibuat dalam kalangan pengundi Cina serta ahli-ahli partinya.

“Kali ini saya ada keyakinan kebanyakan besar ahli parti Gerakan akan undi untuk menolong Gerakan dan BN,” katanya ketika menyampaikan ucapan pembukaan sempena perasmian Mesyuarat Agung Majlis Ahli Seumur Hidup parti Gerakan di Menara PGRM, hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan kawasan yang menjadi sasaran, namun optimis mempunyai peluang lebih baik.

“Tidak dinafikan pada PRU lalu mungkin ada ahli-ahli parti termasuk parti komponen tidak undi BN.

“Kali ini saya pasti semua ahli parti Gerakan akan sokong Gerakan dan BN,” katanya.

– www.sinarharian.com.my

.