GERAKAN KEMUKA CALON 12 KERUSI PARLIMEN, 33 DUN

KULAI – Gerakan mengesahkan telah menghantar senarai nama calon yang akan diketengahkan bagi mewakili parti itu, sekali gus memberi tentangan pada PRU14.

Presidennya, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, ia membabitkan 12 kerusi Parlimen dan 33 kerusi Dun.

Menurutnya, senarai nama calon itu berdasarkan kerusi ditandingi mereka pada PRU lepas.
“Kita telah hantar senarai nama bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuat semakan serta kepada BN.

“Ia melibatkan 12 kerusi Parlimen dan 33 kerusi Dun yang kita telah tandingi pada PRU lalu. Untuk PRU14, segala keputusan tertakluk kepada pimpinan teratas BN.

“Setiap kerusi itu, kita hantar beberapa nama,” katanya keapda pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Gerakan negeri 2017 di sini, hari ini.

Hadir sama; Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Teo Kok Chee.

– M’kini

.