GENERASI KEDUA FELDA TIDAK SABAR HENDAK MENGUNDI PRU14

Muhammad Khairul Omar berkata dia sudah meninggalkan Umno untuk menyertai Bersatu kerana kecewa dengan kegagalan Felda menguruskan tanah ladang milik peneroka serta lambakan hutang ditanggung oleh generasi ibu bapanya.

“Program malam ini memang mantap dengan ceramah pemimpin seperti Mazlan, tetapi untuk tembus Felda ini memang sukar, macam Mat Sabu (Mohamad) cakap tadi, penduduk Felda ini memang keras kepala.

“Tetapi kali ini saya yakin, tiada pilihan lain lagi dah. Sudah tiada tempat untuk Umno dalam Felda dan di kalangan peneroka,” katanya yang merupakan generasi kedua Felda Penggeli Timur, Kota Tinggi.

Namun, terdapat juga generasi kedua Felda yang masih meragui tahap sokongan penduduk di tanah rancangan Felda kepada PH.

“Sokongan malam ini bagus tapi saya risau penerimaan pembangkang dalam kalangan peneroka masih di tahap lama. Jadi saya harap perjuangan ini tak sia-sia.

“Program ini sangat bagus…sangat jelas masalah yang timbul dalam Felda ini, cuma kita harapkan penerimaan warga Felda dapat ditingkatkan berbanding sebelum ini,” kata Mohd Nizam Mohd Noor yang juga dari Felda Penggeli Timur.

Nizam, 40-an, bagaimanapun berkata beliau dan rakan yang lain sudah mula berubah dan lebih terbuka menerima pembangkang sejak PRU13.

–¬†https://www.themalaysianinsight.com/

.