GEMBIRA JUMPA KAWAN SAYA SEKALI LAGI, TWEET PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menyiarkan gambar dirinya dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di Twitter.

“Sambut Presiden Donald Trump hari ini sebelum mesyuarat kami di Manila. Gembira jumpa kawan saya sekali lagi,” tulisnya dalam bahasa Inggeris.

Kedua-dua pemimpin itu berada di Manila sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-31.

Dalam ucapan alu-aluan sempena Dialog ASEAN-Amerika Syarikat (AS) di Manila, Trump memuji Najib kerana kejayaan menyelaraskan dialog berkenaan.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Najib atas tugas yang sangat baik yang telah anda lakukan sebagai penyelaras.

“Saya sangat menghargai … Saya sangat menghargainya, anda melakukan koordinasi dengan baik dengan kami,” katanya.

– M’kini

.