GADIS BELON KUNING SEKALI LAGI DIBEBASKAN

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur sekali lagi membebaskan Bilqis Hijjas daripada tuduhan berkelakuan menghina yang boleh menggangu keamanan.

Bilqis didakwa atas kejadian pada 31 Ogos 2015 apabila dia melontarkan tiga biji belon di majlis yang dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di pusat membeli-belah Pavilion Kuala Lumpur.

Perkataan “media bebas,” “demokrasi,” dan “keadilan” tertera pada belon kuning berkenaan.

Majistret Muhamad Faizal Ismail berkata keterangan Bilqis adalah konsisten dengan dakwaannya sebelum ini bahawa beliau mahu menarik perhatian perdana menteri terhadap prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan menerusi tindakannya.

 

[Baca berita penuh]

Di samping itu, keterangan saksi dan CCTV menunjukkan bahawa acara itu berlangsung tanpa halangan dan Bilqis menyerah diri kepada anggota keselamatan.

“Keterangan saksi bahawa perbuatannya akan menyebabkan kemarahan (di kalangan penonton acara) adalah semata-mata andaian.

“Keterangan tertuduh yang dia meniup dan melontarkan belon untuk menarik perhatian perdana menteri kepada prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan tidak dipertikaikan,” kata Muhamad Faizal ketika mengarahkan pembebasan Bilqis.

– M’kini

.