FORUM KECOH KERANA JAWAPAN ISU MEMALI TAK MEMUASKAN, KATA HADI

FORUM “Nothing to Hide 2.0” yang diadakan pada Ahad bertukar kecoh kerana jawapan Dr Mahathir Mohamad berkenaan isu Memali tidak memuaskan, kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Hadi berkata, tragedi berdarah yang berlaku pada 1985 itu memberikan kesan kepada PAS kerana seorang pemimpinnya turut terkorban.

“Semua pihak menunding jari menyalahkan pihak lain dengan melupai punca asas tercetusnya kekecohan apabila jawapan yang tidak memuaskan hati terhadap peristiwa Memali,” kata Hadi dalam satu kenyataan yang disiarkan portal Harakahdaily hari ini.

“PAS adalah mangsanya apabila diserang hebat sehingga mengorbankan salah seorang pemimpinnya, Ustaz Ibrahim Mahmud dan rakan-rakan.”

Hadi merujuk kepada Ibrahim Mahmud yang turut dikenali sebagai Ibrahim Libya yang terkorban bersama 13 lain pada 1985 ketika Dr Mahathir masih menjadi perdana menteri.

Forum yang dianjurkan Bersatu pada Ahad bertujuan mengadakan debat antara Dr Mahathir dan Perdana Menteri Najib Razak.

Bagaimanapun Najib tidak hadir dan hanya Dr Mahathir yang memberikan ucapan dan menjawab soalan hadirin.

Ia pada mulanya berlangsung dengan aman sehinggalah seorang hadirin bertanya mengenai isu Memali.

“Empat polis dibunuh dengan tangan mereka, balasannya dengan cara itu. Itu adalah SOP,” kata Dr Mahathir yang kemudian terhenti selepas seorang hadirin membaling selipar ke arahnya.

Serentak dengan itu juga beberapa suar turut dibaling di tengah Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam, tempat forum itu diadakan.

Hadi turut mengucapkan terima kasih kepada hadirin yang bertanyakan soalan berkenaan peristiwa Memali itu.

“Kepada yang tidak mampu menjawab sepatutnya tidak marah dan orang lain tidak membuat kekecohan.

“Anak-anak muda sahaja tidak sepatutnya dipersalahkan, sepatutnya juga dipersalahkan yang menjadi penyebabnya,” kata Hadi.

Hadi berkata, selepas berlakunya peristiwa Memali dahulu, ulama PAS mengisytiharkan meraka yang terbunuh sebagai “mati syahid” kerana menjadi mangsa dan dibunuh dengan zalim.

“Mereka mempertahankan Islam yang ditegakkan.

“Ketika itu Ustaz Ibrahim Mahmud dan rakan-rakannya dipersalahkan, bukan pula dipersalahkan orang yang selalu menghina Islam dan hukumnya yang sangat dimarahi oleh Ustaz Ibrahim dan rakan-rakan,” kata ahli Parlimen Marang itu.

Tanpa menyebut nama, Hadi berkata tiada gunanya mengungkit peristiwa silam itu jika tiada pemohonan maaf dilakukan.

“Tiada guna mengungkit cerita lama sejarah hitam itu tanpa bertaubat dan meminta maaf sekiranya bersalah, dan tanpa membetulkan keadaan dengan membayar yang perlu dibayar dan mengganti yang perlu diganti.”

Caught lying, Musa keeping mum for now on fresh Memali claim 

Tragedi Memali : ‘Tidak kami sangka polis sanggup membunuh’ (1)

Bukti Ketiga : Musa Hantar Mahathir Di Lapangan Terbang

RELATED STORIES: Dr Mahathir dedah surat Musa Hitam

Hadi thanked those who had asked for an explanation at the Nothing to Hide 2.0 forum about the Memali incident.

“Those who were unable to answer should not be angry and other people should not have caused trouble. The youths should not be solely blamed; those who had caused it should also be blamed,” he said.

Three teenagers were remanded yesterday in an investigation for rioting and possession of weapons at the Nothing to Hide 2.0 forum organised by Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) last Sunday.

The forum in Shah Alam was disrupted by some who set off flares and threw shoes towards the stage when PPBM chairman Dr Mahathir was taking questions from the audience, leading to a mass brawl.

MEANWHILE, the Rakyat Post reported on March 31, 2014:

Tun Musa Hitam has refused to comment further on his revelation that former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad was in the country during and 2 to 3 days after the 1985 Memali incident.

The Rakyat Post called the former Deputy Prime Minister today to seek a clarification after checks with the New Straits Times (NST) archives found a photo of Musa sending off Dr Mahathir at the airport on Nov 20, 1985.

The caption on the photo said that Dr Mahathir was going off to China.

Musa admitted he had been receiving many calls from people seeking his comments. He said, however, he would be issuing a statement soon, but not just yet.

Last Thursday, Musa had alleged at a political forum in Kota Baru that Dr Mahathir was in Kuala Lumpur and “continued to stay 2 to 3 days” in the city after the 1985 incident.

 

Previously, it was reported that Dr Mahathir had been in China at the time, leading a delegation there after the country established diplomatic relations with the republic years before that.

In an earlier report, The Rakyat Post managed to get hold of one of the delegation members of the 1985 China trip. The delegation member, who wanted to remain anonymous, said he remembered the trip although not the exact date as it was almost 30 years ago, but confirmed Dr Mahathir was present.

Several newspaper articles found in online archives also placed Dr Mahathir in China during the period Musa claimed the former was in Kuala Lumpur.

The Singapore Straits Times, on Nov 20, 1985, carried an article from Bernama titled “Mahathir to call on Zhao today”, referring to Zhao Ziyang, the Premier of the State Council of the People’s Republic of China.

Several figures have called for the Memali incident to be reinvestigated, with DAP stalwart Lim Kit Siang asking for royal commission of inquiry (RCI) to be set up, following Musa’s recent claim.

Today, PAS information chief Datuk Mahfuz Omar called for a fresh investigation, saying that Musa’s claim had given the picture of a conspiracy that was carried out “very discreetly”.

Online news portal The Malaysian Insider today reported that former city CID chief Datuk Mat Zain Ibrahim called Musa’s claim as “new evidence”, saying that it was “sufficient basis for investigations to be reopened”. –http://www.therakyatpost.com/news/2014/03/31/musa-keeping-mum-for-now-on-fresh-memali-claim/

THE MALAYSIAN INSIGHT/THE RAKYAT POST

.