FLASHMOB UNTUK PERBETULKAN PERSEPSI 13 MEI

PETALING JAYA – Bagi membetulkan persepsi masyarakat terhadap peristiwa 13 Mei 1969, Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan rakannya Chong Hock Soon memulakan jelajah ‘flashmob’ di beberapa kawasan terpalit peristiwa 13 Mei esok.

Menurutnya, pada setiap tempat yang dilawati, mereka akan mengedarkan sampul mengandungi surat perpaduan.

“Setiap lokasi yang kami pergi akan diselitkan dengan ceramah umum, nyanyian dan bacaan pidato.

“Saya dan Chong secara spontan memberi ucapan perpaduan,” katanya dalam satu sidang media di Ibu pejabat Bersatu, di sini, hari ini.
Katanya, meskipun peristiwa itu berpuluh tahun berlalu tetapi sentimen itu masih terbawa-terbawa.

“Ceramah itu tidak akan dicampuri elemen politik yang menghentam sesiapa, cuma kata-kata perpaduan,” katanya.

Katanya, tindakan itu dibuat secara sukarela dan tidak dikaitkan dengan politik.

Beliau berkata, mereka juga berhasrat untuk melakukan flashmob mengenai 13 Mei pada setiap tahun.

– SH

.