FAKTA ATAU AUTA?

Berikut adalah fakta tentang pencapaian Pas dalam sejarah pilihanraya Malaysia sejak 1959 sehingga 2013.
Pilihanraya 1959 (13 kerusi) – bersendirian.
Pilihanraya 1964 (9 kerusi) – bersendirian.
Pilihanraya 1969 (12 kerusi) – bersendirian.
Pilihanraya 1974 (14 kerusi) – bergabung dengan UMNO dalam BN.
Pilihanraya 1978 (5 kerusi) – bersendirian.
Pilihanraya 1982 (5 kerusi) – bersendirian.
Pilihanraya 1986 (1 kerusi) – bersendirian.
Pilihanraya 1990 (7 kerusi) -bergabung dengan Semangat 46.
Pilihanraya 1995 (7 kerusi) – bergabung dengan Semangat 46.
Pilihanraya 1999 (27 kerusi) – bergabung dalam Barisan Alternatif (Pas,PKR dan DAP).
Pilihanraya 2004 (7 kerusi) – bergabung dalam Barisan Alternatif (Pas dan PKR).
Pilihanraya 2008 (23 kerusi) – bergabung dalam Pakatan Rakyat (Pas,PKR, DAP).
Pilihanraya 2013 (21 kerusi) – bergabung dalam Pakatan Rakyat (Pas,PKR, DAP).
Entah kenapa dan berdasarkan kajian yang bagaimana, dalam PRU 14 mendatang ini, meskipun kembali bersendirian, Pas tetap mendabik dada mengatakan ia mampu menang 40 kerusi Parlimen daripada 80 yang bakal ditandinginya serta menguasai lima negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak dan Selangor.
Apakah cita-cita Pas itu merupakan hasil pemikiran luar kotak atau sekadar gembar-gembur untuk membuai penyokong mereka saja?
Pernahkah Pas menang di mana-mana negeri sebelum ini, selain Kelantan, ketika mereka bersendirian?
Kemampuan Pas mentadbir  sepenggal di Terengganu dan Kedah, sekejap di Perak serta menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri Selangor sekarang ini, adakah kerana dibantu oleh sokongan parti lain atau disebabkan kuat kerana bersendirian?
Nik Abduh Nik Aziz kemudian membayangkan pula dengan kemenangan di lima negeri tersebut, Pas seterusnya mampu melaksanakan pemerkasaaan Akta Mahkamah Syariah atau Akta 355 di negeri-negeri berkenaan selepas PRU 14 akan datang.
Wahhh….hebatnya!!
Dalam pada itu, jika menang, siapa agaknya Menteri Besar baru daripada Pas untuk Terengganu, Kedah, Perak dan Selangor nanti?

–   ShahbudinHusin

.