EZAM MAHU PENGHAKIMAN DI S’PURA DIAKUI DALAM SAMAN 1MDB

Bekas senator Ezam Md Noor hari ini memohon Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melanjutkan tempoh penerimaan dokumen dan penghakiman yang dibuat di mahkamah Singapura berkenaan pensabitan beberapa individu yang dikaitkan dengan kes 1MDB di negara jiran itu.

Ezam sepatutnya menyerahkan semua dokumen berkaitan dalam saman AS$3.66 bilion ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, 1MDB, dan 15 bekas pengarah dan pengarah semasa bulan lalu, namun dokumen dan penghakiman daripada mahkamah Singapura dan keputusan yang seharusnya pada Julai hanya diperoleh bulan ini.

Difahamkan bahawa dokumen mahkamah Singapura menyatakan pengaruh ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low, ke atas pegawai bank Yeo Jiawei, yang mana BSI menganggap Low sebagai ‚Äúpenasihat penting’ kepada 1MDB dan anak syarikatnya SRC International Sdn Bhd, meskipun Low tidak memegang apa-apa jawatan dalam 1MDB.

Yeo, 34, kini menjalani hukuman penjara 54 bulan atas kesalahan pengubahan wang haram dan penipuan yang dikaitkan dengan 1MDB. Yeo juga berhadapan hukuman berasingan penjara 30 bulan untuk kesalahan menganggu saksi.

Bahagian lain penghakiman itu menyatakan bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi, pada sekitar Okt 2009, menjadi wakil berjumpa Deutsche Bank Malaysia dan mendakwa syarikat Good Star dimiliki 100 peratus oleh Petro Saudi International Ltd, sedangkan siasatan mendedahkan pemilik Gold Star adalah Jho Low.

Kes yang dibicarakan di hadapan hakim Nik Hasmat Nik Mohamad hari ini pada mulanya ditetapkan untuk peribicaraan pengguguran kes oleh Bajib, 1MDB dan bekas pengarah serta pengarah semasa 1MDB, namun susulanperkembangan kes melalui pemfailan Ezam, mahkamah menetapkan 21 Dec sebagai tarikh perbicaraan sama ada dokumen Singapura itu diterima atau tidak, memandangkan bekas senator itu berdepan permohonan pengguguran kes daripadan semua defendan.

Peguam persekutuan Suzana Atan dan Shamsul Bolhassan mewakili kerajaan, peguam Tan Hock Chuan mewakili 1MDB sementara bekas hakim mahkamah persekutuan Gopal Sri Ram, bersama peguamcara Farez Mohd Ali Jinnah mewakili Ezam.

Selain Najib, individu lain yang dinamakan dalam saman itu termasuklah Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara Irwan Serigar Abdullah, presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan dua pengarah semasa serta sembilan bekas pengarah 1MDB.

Ezam mendakwa Najib dan sembilan bekas pengarah 1MDB telah pecah amah dan menuduh mereka sengaja menyebabkan kerugian AS$3.66 bilion kepada 1MDB.

Ezam turut berkata beliau memfailkan saman itu atas kapasiti peribadi sebagai pembayar cukai dan mewakili semua rakyat Malaysia, dan berjanji untuk memulangkan semula kerugian kepada 1MDB dan kerajaan sekiranya keputusan mahkamah menyebelahinya.

 

– M’kini

.