EZAM AKHIRNYA MASUK PPBM

Bekas Senator dan Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan, Ezam Mohd Nor akhirnya memilih PPBM sebagai wadah baru untuk perjuangan politiknya.
Beliau menyerahkan borang keahlian menyertai PPBM itu selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin dan Ketua Penerangan yang baru dilantik, Kamaruddin Md Nor, semalam.
Dengan penyertaan Ezam menyertai PPBM ini, berakhirlah teka-teki mengenai hala tuju beliau yang sebelum ini keluar UMNO kerana kecewa dengan amalan rasuah yang terus berleluasa di bawah kepimpinan Najib Razak, selain tidak setujunya terhadap penggunaan OSA kepada Laporan Audit 1MDB.
Selain pernah menjadi Setiausaha Politik Anwar Ibrahim dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan sebelum menyertai PKR dan berjawatan Ketua Angkatan Muda, jawatan terakhirnya dalam UMNO sebelum meninggalkan parti itu baru-baru ini ialah sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Selangor. (SH 13/10/2016).

Ezam menyerahkan borang keahlian menyertai PPBM kepada Muhyiddin Yassin.

Ezam bersama Muhyiddin, Kamaruddin Md Nor dan Zahid Md Arip.

Laporan blog ini pada 3 Oktober lalu yang melaporkan mengenai hala tuju Ezam.

– http://shahbudindotcom.blogspot.my/

.