EZAM: AGENDA BODOH UMNO TAK AKAN KEMBALIKAN KEYAKINAN

Bekas Senator Umno Datuk Mohd Ezam Mohd Nor menyelar Pemuda Umno kerana cuba untuk membawa agenda bodoh dengan menuntut penubuhan sebua suruhajaya siasata diraja berhubung skandal BMF dan kerugian pertukaran asing Bank Negara exhange Asing (Forex).

Katanya, kisah lampau 30 tahun itu tidak akan membantu memulihkan keyakinan terhadap kerajaan sedia ada di negara ini.

“Keyakinan dunia kepada negara ini tidak akan kembali dengan teriakan kisah 30 tahun lalu.

“Keyakinan dunia hanya akan kembali dengan tindakan kerajaan hari ini terhadap jenayah hari ini, kata Ezam selaku pengerusi Hisbah Centre for Reform dalam satu kenyataan hari ini.

Menceritakan kisah BMF dan kemelut pertukaran asing Bank Negara, katanya terdapat tangkapan serta hukuman berhubung kes BMF, manakala ada yang hilang jawatan berikutan kerugian di bank pusat itu.

“Kertas putih (juga) dibentang dan dibahas di Parlimen.

“Tindakan mungkin tidak sempurna dan betul semuanya tetapi pokoknya dunia tidak hilang keyakinan kepada Malaysia masa itu seperti hari ini kerana mereka lihat ada tindakan diambil,” katanya.

Sebaliknya, berbeza dengan skandal 1MDB, Ezam berkata, Pemuda Umno perlu bertanya mengapa tidak ada tindakan terhadap beberapa individu yang dikaitkan seperti jutawan Jho Low syang namanya disebut dalam prosiding mahkamah dan siasatan di luar negara.

“Pemuda Umno sepatutnya tanya Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) hari ini mana Jho Low, bekas (CEO 1MDB Datuk) Shahrol (Azral Ibrahim Halmi), (bekas Pengarah Urusan SRC International) Nik Faisal (Ariff Nik Kamil), dan (anak tiri, Najib) – Riza Aziz?

“Pemuda Umno sepatutnya tanya perdana menteri mengapa tiada langsung tangkapan kes 1MDB dan SRC di negara ini walhal di negara jiran dan jauh sudah banyak tangkapan dibuat?

“Pemuda Umno sepatutnya tanya perdana menteri adakah beliau MO1 kerana seluruh dunia mahu jawapan ini dan jawapan ini penting untuk kembalikan keyakinan dunia kepada negara ini,” katanya.

Ezam berhujah bahawa jawapan kepada soalan-soalan ini adalah penting kerana ia akan membantu untuk memulihkan keyakinan terhadap kerajaan.
“Inilah persoalan relevan dan berfaedah. Bukan persoalan yang menambah imej kebodohan dan ketololan.

“Ia memudaratkan negara kerana imej kebodohan inilah yang diperhati seluruh dunia dan menghakis keyakinan dunia kepada negara ini.

“Kembalikan keyakinan dunia bukan terus hilangkan keyakinan dan jahanamkan negara,” katanya lagi.

– M’kini

.