ERA DIKTATOR NAJIB HARUS DIHENTIKAN, KATA IZZAH

SHAH ALAM – Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendakwa sudah tiba masanya untuk era diktator Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dihentikan.

Menurutnya, itu merupakan perjuangan utama Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Kita perlukan lebih ramai pemimpin seperti Tun (Mahathir) untuk menjayakan usaha kita tamatkan diktator pemimpin.

“Perjuangan ini juga turut menuntut reformasi di Malaysia,” katanya ketika sidang media di Konvensyen Nasional Amanah di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, untuk menjatuhkan Najib, kerjasama erat sesama pemimpin amat diperlukan.

“Untuk menjatuhkan Umno, kita memerlukan kerjasama di antara semua pihak,” katanya.

SINAR HARIAN

.