ENAM DIPERCAYAI MATI DALAM KEBAKARAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH JB

JOHOR BARU –¬†Kebakaran berlaku di Hospital Sultanah Aminah di sini pagi Selasa.

Difahamkan kejadian berkenaan berlaku di bangunan yang menempatkan Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu.

Orang ramai mulai sesak di kawasan hospital berkenaan berikutan asap tebal dilihat dari bangunan berkenaan.

 

 Sejumlah pesakit dipindahkan dari ICU dan beberapa wad susulan kejadian pada pukul 9 pagi itu.


Pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat sedang berusaha memadamkan kebakaran.

MSTAR

.