EDITOR SARAWAK REPORT FAIL PEMBELAAN TERHADAP HADI

EDITOR Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown memfailkan pembelaan di Mahkamah Tinggi United Kingom terhadap saman fitnah Presiden PAS Abdul Hadi Awang, lapor Free Malaysia Today.

Rewcastle-Brown memberitahu portal itu bahawa pembelaan dan tuntutan balas telah difailkan terhadap Hadi semalam.

Dia bagaimanapun tidak menyatakan butiran tuntutan itu dan hanya berkata pemfailan itu termasuk ringkasan dokumen penuh yang panjang.

Hadi memfailkan saman terhadap penulis yang berpangkalan di London berhubung artikel yang disiarkan dalam portal itu pada Ogos lalu yang mendakwa beliau menerima rasuah RM90 juta daripada Perdana Menteri Najib Razak sebagai balasan terhadap sokongan mereka.

Peguam S.N. Nair berkata Rewcastle-Brown akan menerima kos dan ganti rugi jika mahkamah menolak saman Hadi dan membenarkan tuntutan balas (saman baru).

“Beliau hanya akan menerima kos sekiranya Hadi gagal membuktikan kes terhadapnya.

“Clare mengambil satu langkah lagi dengan memfailkan tindakan terhadap pemimpin PAS itu,” beliau dipetik sebagai berkata.

The Malaysian Insight melaporkan bahawa Rewcastle-Brown mempersoalkan siapa yang membiaya saman Hadi memandangkan kes sebegitu memakan kos yang tinggi di UK.

Katanya peguam Hadi bagaimanapun enggan mendedahkan butiran siapa yang membiayai saman itu.

“Mereka juga tidak menjelaskan mengapa anak guam mereka bertindak memfailkan saman di London dan tidak di Kuala Lumpur, ramai yang tahu tentang Hadi Awang.”

Menurutnya Hadi sepatutnya mendedahkan sama ada pihaknya atau partinya mengambil tindakan undang-undang, yang dianggarkan memakan kos sebanyak £100,000 (RM600,000).

Clare juga akan membuat tindakan mahkamah untuk Hadi membayar deposit sebagai jaminan, sekiranya dia tewas dalam saman fitnah itu.

Mahkamah memutuskan bahawa Rewcastle-Brown perlu membayar Hadi £15,000 (RM83,700), atau dua pertiga daripada kos yang dituntut, dengan bakinya akan dinilai oleh mahkamah di masa akan datang.

Mahkamah tidak menerima hujahnya bahawa dia tidak boleh memfailkan saman undang-undang terhadap Hadi di Malaysia, di mana “badan kehakiman, kerajaan dan perdana menteri korup dan terlibat dengannya”.

Hadi ditawarkan untuk membayar deposit RM80,000, yang mana ia diterima mahkamah.

– https://www.themalaysianinsight.com

.