DYANA SOFYA: DAP PERLUKAN PEMIMPIN VETERAN

PETALING JAYA – Bekas calon DAP bagi PRK Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud menyifatkan penyertaan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim ke parti itu sangat baik.

Menurutnya, dengan penyertaan Zaid ke dalam DAP,  parti itu dapat meluaskan lagi pengaruhnya di kalangan orang Melayu.

“Sebetulnya, DAP memang perlukan pemimpin veteran seperti Datuk Zaid dan dengan kehadiran beliau ini kita dapat ‘reach out’  lebih ramai orang.

“Kerjasama bersama beliau sebenarnya sudah lama, sejak 2013 lagi oleh itu perkara ini memang sudah dijangka,” katanya ketika ditemui pada sidang media di rumah Zaid, semalam.

Zaid Ibrahim semalam mengesahkan menyertai DAP dalam satu sidang media di rumahnya.

Sementara itu, Dyana juga turut memberikan komen berkenaan momokan DAP sebagai parti orang cina.

“Sudah lebih 50 tahun sebenarnya parti ini dimomok-momokkan sedemikian dan sekarang kita boleh lihat progres di mana orang melayu sudah boleh menerima lihat DAP ini macam mana sebenarnya.

“Kerjasama bersama Tun Mahathir dan bersatu juga turut membantu juga dan orang ramai dah sedar yang  DAP tidak seperti yang diperkatakan,” katanya lagi.

– SH

.