DUA WANITA DIDAKWA BUNUH JONG NAM

SEPANG – Dua wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sepang sebentar tadi atas pertuduhan membunuh seorang warga Korea Utara, Kim Chol, dua minggu lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Warga Indonesia, Siti Aisyah; dan warga Vietnam Doan Thi Huong selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka secara berasingan oleh jurubahasa Indonesia dan Vietnam.
Prosiding berjalan dihadapan Hakim yang bertindak sebagai majistret, Harith Sham Mohamad Yasin.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa bersama empat lagi yang masih bebas, untuk meneruskan niat bersama telah membunuh pemegang pasport Korea Utara, Kim Chol atau nama sebenarnya Kim Jong-nam di Balai Berlepas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) jam 9 pagi 13 Februari 2017.

Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang di baca bersama Seksyen 34 Kanun Sama yang membawa hukuman mati.

Mahkamah menetapkan 13 April depan untuk sebutan semula kes itu.

– Sinar Harian

.