Dua pegawai bank BSI didakwa berhubung isu skandal 1MDB

SINGAPURA – Singapura semalam mendakwa dua bekas pegawai bank BSI susulan siasatan yang membawa kepada penutupan cawangan sebuah bank swasta Swiss pada Mei lalu.
Yak Chee Yew yang merupakan Naib Presiden Kanan BSI Singapura dan mengendalikan hubungan BSI dengan pelabur 1Malaysia Development Bhd (1MDB), didakwa atas kesalahan memalsukan dan gagal mendedahkan transaksi mencurigakan.

Sementara itu, Jababatan Hal Ehwal Komersil Singapura turut memfailkan tuduhan yang sama terhadap bekas pengarah bank tersebut, Yvonne Seah.

Pada Mei lalu, bank pusat Singapura merujuk Yvonne dan Chee Yew kepada pendakwa raya untuk dinilai jika mereka melakukan kesalahan jenayah atau pun tidak.

– REUTERS

.